Hari pertama masuk ke kelas kali ni sangat berbeza sebab pada semester 4, kami di beri hak untuk memilih subjek mengikut 'cost' masing-masing. Jadi bermakna, aku dah berpisah dengan kawan-kawan lain. Perasaan? Sedih.. gundah gulana... sbb ape? yelaa... kami bersama semenjak dari semester 1 lagi, da serasi bersama dan agak berat untuk berpisah jugak. Tapi nak buat macam mana kan, masing-masing dah pilih 'cost' yang dorang minat.
Ok, habis cite pasal perasaan da. skarang nak cite pasal lecturer yang ajar subect ni yang bernama Puan Latifah, cantik orangnya, badan pn solid molid ag.....
Puan tanya semua ape itu komunikasi? (
Puan ajar jugak Model-model Komunikasi yang dicipta, jadi di bawah ni antara model-modelnya:-
![]() |
Model Shannon-Weaver
|
![]() |
| Model Berlo |
Selesai Bab 1, kita masuk pulak Bab 2 iaitu Sejarah Perkembangan Teknologi Komunikasi. Alamak sebut je Sejarah, aku dah lemah mana tak nya, tak minat sejarah-sejarah ni, tapi naseb baik la puan ringkas kan je pasal ni:
Everett M. Rogers (1991) telah membahagikan sejarah dan perkembangan media Teknologi kepada empat era utama:
- Era Penulisan
- Era Percetakan
- Era Telekomunikasi
- Era komunikasi saling tindak atau interaktif.
tu lah serba ringkas tentang sejarah komunikasi ni. Sebelum mengakhiri apa yang aku belajar pada kali ni, aku nak kongsi sikit la, kalau kita nak menjayakan sesuatu proses komunikasi secara bersemuka, seseorang itu perlulah tahu:
- emosi dan perasaan
- siapa audience
- pengetahuan tentang maklumat atau topik
- tempat atau lokasi komunikasi
- tujuan komunikasi
ok lah korang-korang, sampai sini jela aku nak kongsi apa yang aku belajar haritu. jadi kita akan berjumpa lagi pada 'update' yang akan datang. Semoga korang boleh la paham apa yang aku sampaikan.
wasalam.



No comments:
Post a Comment