Thursday, 5 November 2015

CIRCLE STYLE


Assalamualaikum wbt... ~


SCCA 2053 Penulisan Korporat





Pada kali ini, kami diberikan tugasan untuk menulis artikel berbentuk laporan berita.  Artikel berita yang sama tetapi menggunakan teknik penulisan yang berbeza, antaranya Inverted Pyramid, Hourglass dan Circle Style.


Jadi, saya telah menyiapkan laporan berita yang diminta oleh Dr. Amir (yang baik)...


Kementerian Kesihatan:  Vape Haram

 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih kekal dengan keputusan rokok elektronik atau vape bernikotin perlu diharamkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, penggunaan rokok jenis itu boleh merosakkan kesihatan masyarakat dalam jangka masa panjang.

Katanya pihak kementerian tidak akan menyokong aktiviti menyumbang ke arah peningkatan masalah kesihatan masyarakat terutamanya generasi muda.

Menurut Lokman lagi, KKM mentakrifkan rokok elektronik mengandungi nikotin dikenali sebagai e-rokok manakala rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin adalah vape.

“Penjualan dan penggunaan cecair e-rokok mengandungi nikotin tertakluk di bawah peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 dalam peraturan kawalan tembakau 2004,” katanya.

Sehubungan itu, Lokman berkata kementerian akan mengambil tindakan terhadap penjual dan pengguna rokok elektronik mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952.

Beliau berkata KKM akan menggiatkan kempen anti rokok elektronik dan vape seperti kempen ‘Tak Nak Merokok’.

“Pesanan kementerian kepada masyarakat ialah janganlah menggunakan rokok elektronik atau vape kerana ia memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang,” katanya.
 
 

 

 

INVERTED PYRAMID



KKM Timbang Kawal Kandungan Nikotin Dalam Vape

 
Putrajaya: Kerajaan akan menetapkan peraturan bagi memastikan kandungan nikotin dan bahan kimia yang terdapat dalam rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan pengguna.

“Dari segi penggunaan bahan kimia yang perlu mengikut peraturan yang dibenarkan oleh kerajaan supaya tidak timbul soal risiko terhadap pengguna” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menambah “Apa yang penting bukan mengharamkan (penggunaan vape), lebih baik menetapkan peraturan misalnya dari segi nikotin, dihadkan kepada beberapa peratus”. 

“Dari segi penggunaan bahan kimia perlu mengikut peraturan yang dibenarkan oleh kerajaan supaya tidak timbul soal risiko terhadap pengguna”, jelasnya lagi.

Rabu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam menasihati orang ramai supaya berhenti sementara daripada menghisap rokok elektronik atau vape sehingga pengumuman tentang risikonya dibuat dalam masa dua bulan akan datang. 

Wednesday, 4 November 2015

HOUR GLASS







VAPE: APAKAH HUKUMNYA

 
Shah Alam – Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatiah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hukum haram bagi bukan perokok tegar menghisap vape berlandaskan kepada mudarat yang masih wujud berdasarkan kajian-kajian saintifik sedia ada, khusunya pada kandungan nikotin.

“Terdapat unsur menganggu orang lain dan persekitaran dengan asap dan bau semasa penggunaan vape”, katanya lagi.  “Bagaimanapun, kata Zaharuddin, bagi mereka yang merokok dan menghisap vape sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok, hukumnya masih boleh dibincangkan dan perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. 

Manakala menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau berpendapat bahawa penggunaan vape hukumnya adalah haram berdasarkan beberapa pendapat daripada pakar.

Beliau berkongsi kenyataan pakar tersebut “vape mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.  Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana kenyataan tersebut tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar”. 

Walaubagaimanapun, pengguna vape perlu membuktikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling bahawa ia berjaya memulihkan beberapa mudarat social dan kewangan berbanding rokok biasa.