Saturday, 21 March 2015

Fettuccine Carbonara


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 

Ceria2 selalu k~

Oleh Kerana Minggu lepas i cipta rekod dunia lahsangat!. Rekod ape??
huhuhuhu.. 3 kali masak fettuccine carbonara dalam seminggu.
tudiaaaaaaa.. nampak x kelazatan di situ.
setiap kali buat, setiap kali tuh lah licin! x mengecewakan langsung!

oleh kerana kelazatan itu jugak lah aku terpanggil nak tempek resipi spageti carbonara aku tu kat blog aku neh! 
ok, kita mulakan dengan rebus fettuccine dahulu.

Panaskan air dan letakkan sedikit minyak

Sudah masak, toskan dahulu
Sos Carbonara dan Susu

Cendawan dan hotdog

Penambah rasa
Setelah di tumis dan masukkan bahan

tadaaa!!

siap!! sedia di hidang untuk orang2 tersayang.
gittuh!
macam?? terliur ke tidok??
sebenarnye diri sendirik yang terliur neh! ceh!

okeh lah.. selamat mencuba k~
sedap hingga menjilat sudu~
Tatatititutuuuuuu.

Sekian.. Share resipi hari ini.

P/s: sapa2 yang ade petua untuk sedapkan lagi masakan spageti carbonara nih, sila lah kongsi yer. Tq..:)

untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:


dan juga:

Portugese Grill Ikan Pari

Assalamualaikum...


Apa khabar semua?Sudah ada idea untuk masak juadah makan malam ni??Saya sendiri pun selalu jem tak tau nk masak apa. Kadang2 berjam-jam melayari internet untuk mencari idea. Ada yg mendatangkan hasil, ada yg langsung tak memberi apa2 idea. Kali ni hasil pencarian ilham terjumpa Ikan Bakar/Panggang Portugis.Rasanya sudah ramai rakan2 blogger yang mencuba resepi ni...Saya tercari2 juga siapakan tuan punya sebenar resepi ni. Rupanya resepi Chef Wan...Memang sedap ikan bakar ni..isi lembut dan juicy...secukup rasa...
Bahan2 pun agak simple apa lagi terus On projek ikan bakar ni. Seperti sedia maklum ikan bakar mestilah dimakan panas2 baru la ada kick kan. Bakar guna pemanggang ajaib jer..guna api kecik. Ikan masak ngam2 dekat waktu buka.Disebabkan kekalutan saya terlupa untuk snap ikan yg dah siap dimakan adeh...

Seb baik jugak la smpt snap time perap sat sementara tunggu nak bakar tu.Ada gak gambar...
Memang sedap...tak rugi cuba..tambah sikit aroma daun lengkuas tu lagilah membangkitkan selera.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras - kisar (LiNa Pg gantikan dengan serbuk badam)
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit lengkuas - kisar
  • 3 daun limau purut - hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih (cara2 kat bawah)
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil


CARA - CARA:

1) Minyak Bawang Putih:
  • 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya 
  • Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
2) Ikan dibersihkan, kemudian kelar2 sedikit
3) Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
4) Letak ikan atas foil, (alaskan dengan daun lengkuas/daun pisang) gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
5) Tuang minyak bawang putih n tabur daun limau purut
6) Tutup foil n bakar hingga masak.


ni dia!! ikan kita

bahan-bahan yang di tumis

yang da siap di masak dan di sejukkan sebentar

siap di wrap 

hasil nya.... menarik sekali kan

untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

Asam Pedas Ikan Pari


Resepi asam pedas ikan pari ni kegemaran ramai orang. Lagi-lagi tulang ikan pari yang lembut tu boleh dimakan sekali. Rasa apa? cuba la makan, tulang dia tak de la rasa apa sangat. Jadi boleh je telan sekali. hehe.. Asam pedas ni kalau panas dan pedas makan dengan nasi panas-panas sangatlah mengancam kan..hihi

Resepi asam pedas ikan pari ni terpulang kalau taknak ikan pari pon boleh. Guna ikan kembung ke ikan patin ke kann.. banyak je ikan boleh ganti. Tapi kali ni Hn nak asam pedas ikan pari dengan harapan Hn boleh bertukar jadi pari-pari comel.. ahaks..

Bahan- bahan

Bahan A :
  • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
  • 10 biji bendi
  • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Masak 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.
ikan pari yang telah di potong
antara bahan yang di perlukan

bahan yang wajib ada!


Haa siap sudah resepi asam pedas ikan pari yang sangat simple. Adik-adik sekolah pon pandai je buat dari Hn.. Banyak lagi resipi mudah yang boleh buat.. Nanti Hn ingat Hn akan share ye.. Korang ada resepi yang best lagi nak share? jom kongsi..


Pelengkap makanan 

untuk maklumat lanjut sila rujuk di link di bawah:
http://www.tiffinbiru.com/2014/05/asam-pedas-ikan-pari-yang-menggoda-kalbu.html
dan rujukan blog:
http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2014/05/asam-pedas-ikan-pari-power.html

Kari Kepala Ikan Merah

Sejak dapur aku berehat, aku akan beli sahaja makan malam untuk 3 orang budak-budak di rumah atau kami keluar semula untuk makan di luar. Serius, kalau sebulan sekali makan di luar, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau hari hari makan di luar, rasanya tak payah lah saya nak tulis apa rasanya. Bingung tak tahu apa lagi yang nak dimakan. Hmmm kalau sedap, ok lah juga. Gerai gerai dan restoran ni pulak, jarang tukar menu. Hari hari lauk yang sama dijual. 

Hari ini aku memasak Kari Ikan Merah mengikut cara cara yang dikongsi oleh mama aku. Yang berbeza dengan cara saya memasak kari adalah resepi ini menggunakan halba yang disangai terlebih dahulu dan kemudiannya dimasukkan ikan selepas rempah pecah minyak. Lain kali kalau tak mahu ikan hancur seperti aku, boleh jer masukkan ikan selepas kuah santan mendidih. Kita kena guna kreativiti sendiri untuk menghasilkan masakan yang sempurna. Haaa apa apa pun pengalaman  lah yang akan mengajar kita kan? Tanpa pengalaman, agak sukar untuk kita menjangkakan kejadian masakan kita.

Saya sebenarnya terlebih memasak kuah kari sebab nak menunggu ianya hingga pecah minyak. Haa tu dia, sampai hancur lak ikan nya. Bila memasak kari ikan, bahagian menuang minyak masak semasa menumis yang menjadikan saya ragu ragu. Sebenarnya rahsia untuk memasak kari adalah dengan menggunakan minyak yang banyak semasa menumis. Barulah hasilnya adalah kuah kari yang cantik berminyak. Bila dah masak, kita boleh menceduk keluar minyaknya. Lagi satu, saya suka kuah kari yang agak masam macam yang dimasak di kedai mamak tu. 

OK, jom kita tengok resepi mama yang telah aku olah dan ubah suai sedikit mengikut cara aku. Kalau ada yang nak mencuba resepinya, silakan lah.


Bahan bahan:

1 ekor Ikan Merah
5 ulas bawang merah- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
1 sk halba
3 sudu besar rempah kari Allagapas
1 biji bawang besar - kisar
Sedikit serbuk cili jika suka pedas
Halba campur
1 pelepah daun kari
1 kotak Santan
Asam jawa
Garam

Sayur: buah tomato, kacang bendi, cili hijau

Cara cara:
Sangai halba sehingga wangi dan garing. Kemudian tuangkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Tumis sehingga garing.

Kisar bawang besar dengan sedikit air dan kacau dengan rempah kari. Masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga pecah minyak.

Setelah pecah minyak, masukkan ikan dan perahan air asam jawa dan garam. Setelah sebati, baru dimasukkan santan mengikut kecairan kuah yang disukai. 

garam secukp rasa.


antara bahan yang di perlukan

bahan untuk menumis

yess... hero kite dalam masakan kali ni



hasil nya!
untuk maklumat lanjut sila klik di bawah:


dan blog di bawah:

Friday, 20 March 2015

Laksa

Salam semua.

Boleh dikatakan aku ni jenis yang "hantu laksa". kalau dapat makan laksa ni, memang tak ingat dunia. Tak sentuh da nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasaya ramai yang gemarkan laksa ni kan. Salah satu sebab mengapa laksa ni menjadi kegemaran aku sebab nak buat pun mudah cuma banyak kerja jela, ni kena ikut step nye bru hasil nye memberangsangkan. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ni pun tak sampai RM50. Kena pandai bajet jela nk beli bahan-bahannya. Kepada sesiapa yang nak cuba resepi ni, silakan la.

Bahan-bahan:

Laksa 

2 kg ikan kembung - rebus & ambil isi (asingkan tulang dan isi nya)
15-20 biji bawang merah (kisar)
2-3 senduk cili kisar
2 ibu jari belacan
2 kuntum bunga kantan
5-6 keping asam keping (ikut rasa)
1 ikat daun kesum

Bahan hiasan:

Telur - rebus & belah 2 atau 4
Timun - dihiris halus
Salad
Bawang besar
Cili api atau cili merah
Limau (penambah perasa)
Otak udang - ni la penyedap laksa

Cara memasak:

Blend tulang dan isi ikan dan asingkan. Air rebusan di simpan untuk di buat kuah nanti. Tumis tanpa minyak cili kisar dan bawang smp garing dan masak cili nya( kalau tidak, sakit perut nnt)

Masukkan air tulang ikan yang di blend (di tapis dahulu). Biar mendidih, selepas itu, masukkan isi ikan yang di blend. Biar mendidih.

Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping.
garam secukup rasa.




ikan yang perlu direbus terlebih dahulu



bahan-bahan yang di perlukan

cara-cara membuat kuah

tadaaa!! da siap pun.



ha. da siap pun laksa tu. Jangan lupa tambah kan telur, timun, bawang, cili dan tidak ketinggalan otak udang untuk pelengkap rasa. Pada yang ingin mencuba adalah sangat di alu-alukan.  

Good Luck!

untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

http://www.azlitamasammanis.com/2014/08/laksa-penang-ringkas-mudah-dan-sedap.html

http://hairul.com/blog/resepi-laksa-kedah-paling-special/