Saturday, 21 March 2015

Portugese Grill Ikan Pari

Assalamualaikum...


Apa khabar semua?Sudah ada idea untuk masak juadah makan malam ni??Saya sendiri pun selalu jem tak tau nk masak apa. Kadang2 berjam-jam melayari internet untuk mencari idea. Ada yg mendatangkan hasil, ada yg langsung tak memberi apa2 idea. Kali ni hasil pencarian ilham terjumpa Ikan Bakar/Panggang Portugis.Rasanya sudah ramai rakan2 blogger yang mencuba resepi ni...Saya tercari2 juga siapakan tuan punya sebenar resepi ni. Rupanya resepi Chef Wan...Memang sedap ikan bakar ni..isi lembut dan juicy...secukup rasa...
Bahan2 pun agak simple apa lagi terus On projek ikan bakar ni. Seperti sedia maklum ikan bakar mestilah dimakan panas2 baru la ada kick kan. Bakar guna pemanggang ajaib jer..guna api kecik. Ikan masak ngam2 dekat waktu buka.Disebabkan kekalutan saya terlupa untuk snap ikan yg dah siap dimakan adeh...

Seb baik jugak la smpt snap time perap sat sementara tunggu nak bakar tu.Ada gak gambar...
Memang sedap...tak rugi cuba..tambah sikit aroma daun lengkuas tu lagilah membangkitkan selera.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras - kisar (LiNa Pg gantikan dengan serbuk badam)
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit lengkuas - kisar
  • 3 daun limau purut - hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih (cara2 kat bawah)
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil


CARA - CARA:

1) Minyak Bawang Putih:
  • 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya 
  • Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
2) Ikan dibersihkan, kemudian kelar2 sedikit
3) Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
4) Letak ikan atas foil, (alaskan dengan daun lengkuas/daun pisang) gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
5) Tuang minyak bawang putih n tabur daun limau purut
6) Tutup foil n bakar hingga masak.


ni dia!! ikan kita

bahan-bahan yang di tumis

yang da siap di masak dan di sejukkan sebentar

siap di wrap 

hasil nya.... menarik sekali kan

untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

No comments:

Post a Comment