Friday, 20 March 2015

Laksa

Salam semua.

Boleh dikatakan aku ni jenis yang "hantu laksa". kalau dapat makan laksa ni, memang tak ingat dunia. Tak sentuh da nasi. Pandang sebelah mata pun tak nak. Rasaya ramai yang gemarkan laksa ni kan. Salah satu sebab mengapa laksa ni menjadi kegemaran aku sebab nak buat pun mudah cuma banyak kerja jela, ni kena ikut step nye bru hasil nye memberangsangkan. Bahan-bahan pun mudah je nak cari. Bajet buat laksa ni pun tak sampai RM50. Kena pandai bajet jela nk beli bahan-bahannya. Kepada sesiapa yang nak cuba resepi ni, silakan la.

Bahan-bahan:

Laksa 

2 kg ikan kembung - rebus & ambil isi (asingkan tulang dan isi nya)
15-20 biji bawang merah (kisar)
2-3 senduk cili kisar
2 ibu jari belacan
2 kuntum bunga kantan
5-6 keping asam keping (ikut rasa)
1 ikat daun kesum

Bahan hiasan:

Telur - rebus & belah 2 atau 4
Timun - dihiris halus
Salad
Bawang besar
Cili api atau cili merah
Limau (penambah perasa)
Otak udang - ni la penyedap laksa

Cara memasak:

Blend tulang dan isi ikan dan asingkan. Air rebusan di simpan untuk di buat kuah nanti. Tumis tanpa minyak cili kisar dan bawang smp garing dan masak cili nya( kalau tidak, sakit perut nnt)

Masukkan air tulang ikan yang di blend (di tapis dahulu). Biar mendidih, selepas itu, masukkan isi ikan yang di blend. Biar mendidih.

Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping.
garam secukup rasa.




ikan yang perlu direbus terlebih dahulu



bahan-bahan yang di perlukan

cara-cara membuat kuah

tadaaa!! da siap pun.



ha. da siap pun laksa tu. Jangan lupa tambah kan telur, timun, bawang, cili dan tidak ketinggalan otak udang untuk pelengkap rasa. Pada yang ingin mencuba adalah sangat di alu-alukan.  

Good Luck!

untuk keterangan lanjut sila klik di bawah:

http://www.azlitamasammanis.com/2014/08/laksa-penang-ringkas-mudah-dan-sedap.html

http://hairul.com/blog/resepi-laksa-kedah-paling-special/


No comments:

Post a Comment