Saturday, 21 March 2015

Kari Kepala Ikan Merah

Sejak dapur aku berehat, aku akan beli sahaja makan malam untuk 3 orang budak-budak di rumah atau kami keluar semula untuk makan di luar. Serius, kalau sebulan sekali makan di luar, bolehlah tahan lagi. Tapi kalau hari hari makan di luar, rasanya tak payah lah saya nak tulis apa rasanya. Bingung tak tahu apa lagi yang nak dimakan. Hmmm kalau sedap, ok lah juga. Gerai gerai dan restoran ni pulak, jarang tukar menu. Hari hari lauk yang sama dijual. 

Hari ini aku memasak Kari Ikan Merah mengikut cara cara yang dikongsi oleh mama aku. Yang berbeza dengan cara saya memasak kari adalah resepi ini menggunakan halba yang disangai terlebih dahulu dan kemudiannya dimasukkan ikan selepas rempah pecah minyak. Lain kali kalau tak mahu ikan hancur seperti aku, boleh jer masukkan ikan selepas kuah santan mendidih. Kita kena guna kreativiti sendiri untuk menghasilkan masakan yang sempurna. Haaa apa apa pun pengalaman  lah yang akan mengajar kita kan? Tanpa pengalaman, agak sukar untuk kita menjangkakan kejadian masakan kita.

Saya sebenarnya terlebih memasak kuah kari sebab nak menunggu ianya hingga pecah minyak. Haa tu dia, sampai hancur lak ikan nya. Bila memasak kari ikan, bahagian menuang minyak masak semasa menumis yang menjadikan saya ragu ragu. Sebenarnya rahsia untuk memasak kari adalah dengan menggunakan minyak yang banyak semasa menumis. Barulah hasilnya adalah kuah kari yang cantik berminyak. Bila dah masak, kita boleh menceduk keluar minyaknya. Lagi satu, saya suka kuah kari yang agak masam macam yang dimasak di kedai mamak tu. 

OK, jom kita tengok resepi mama yang telah aku olah dan ubah suai sedikit mengikut cara aku. Kalau ada yang nak mencuba resepinya, silakan lah.


Bahan bahan:

1 ekor Ikan Merah
5 ulas bawang merah- hiris
4 ulas bawang putih- hiris
1 sk halba
3 sudu besar rempah kari Allagapas
1 biji bawang besar - kisar
Sedikit serbuk cili jika suka pedas
Halba campur
1 pelepah daun kari
1 kotak Santan
Asam jawa
Garam

Sayur: buah tomato, kacang bendi, cili hijau

Cara cara:
Sangai halba sehingga wangi dan garing. Kemudian tuangkan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari. Tumis sehingga garing.

Kisar bawang besar dengan sedikit air dan kacau dengan rempah kari. Masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga pecah minyak.

Setelah pecah minyak, masukkan ikan dan perahan air asam jawa dan garam. Setelah sebati, baru dimasukkan santan mengikut kecairan kuah yang disukai. 

garam secukp rasa.


antara bahan yang di perlukan

bahan untuk menumis

yess... hero kite dalam masakan kali ni



hasil nya!
untuk maklumat lanjut sila klik di bawah:


dan blog di bawah:

No comments:

Post a Comment