Thursday, 5 November 2015

CIRCLE STYLE


Assalamualaikum wbt... ~


SCCA 2053 Penulisan Korporat





Pada kali ini, kami diberikan tugasan untuk menulis artikel berbentuk laporan berita.  Artikel berita yang sama tetapi menggunakan teknik penulisan yang berbeza, antaranya Inverted Pyramid, Hourglass dan Circle Style.


Jadi, saya telah menyiapkan laporan berita yang diminta oleh Dr. Amir (yang baik)...


Kementerian Kesihatan:  Vape Haram

 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih kekal dengan keputusan rokok elektronik atau vape bernikotin perlu diharamkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, penggunaan rokok jenis itu boleh merosakkan kesihatan masyarakat dalam jangka masa panjang.

Katanya pihak kementerian tidak akan menyokong aktiviti menyumbang ke arah peningkatan masalah kesihatan masyarakat terutamanya generasi muda.

Menurut Lokman lagi, KKM mentakrifkan rokok elektronik mengandungi nikotin dikenali sebagai e-rokok manakala rokok elektronik yang tidak mengandungi nikotin adalah vape.

“Penjualan dan penggunaan cecair e-rokok mengandungi nikotin tertakluk di bawah peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 dalam peraturan kawalan tembakau 2004,” katanya.

Sehubungan itu, Lokman berkata kementerian akan mengambil tindakan terhadap penjual dan pengguna rokok elektronik mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952.

Beliau berkata KKM akan menggiatkan kempen anti rokok elektronik dan vape seperti kempen ‘Tak Nak Merokok’.

“Pesanan kementerian kepada masyarakat ialah janganlah menggunakan rokok elektronik atau vape kerana ia memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang,” katanya.
 
 

 

 

No comments:

Post a Comment